Disneyland 1972 Love the old s
Home
kisah mengenal TUHAN
Suatu ketika bertanyalah seorang
anak raja kepada Ibunya, sebut saja
nama anak tersebut DESPI... “Ibu..
Dimana ALLAH dan bolehkah saya
melihatNya?”..Oh.. ALLAH itu di Arasy
wahai ananda dan anakanda tidak dapat melihatNya kerana ALLAH
berada nun jauh diatas langit ke 7....
Sedangkan langit kedua pun manusia
tidak bisa melihatnya lantas
bagaimana mungkin anakanda akan
dapat melihat ALLAH yang berada di Arasy yang terletak lebih atas dan
jauh daripada langit ke 7 petala
langit?” Maka giranglah hati anakanda
itu tadi kerana telah mendapat
jawapan dari pertanyaan yang selama
ini sentiasa mengganggu fikirannya.... Waktu pun berlalu..hari berganti
minggu, minggu berganti bulan dan
bulan berganti tahun, maka telah
remajalah anak itu...setelah remaja
anak raja itu di perintahkan oleh raja
(ayahnya) supaya belajar lagi ilmu2 agama dengan seorang Syeikh yg
bernama sebut saja Abdullah...Suatu
hari sambil duduk-duduk santai
dengan Syeikh Abdullah tiba-tiba
Despi ditanya oleh Syeikh Abdullah
dengan 2 pertanyaan yang tidak asing baginya. “Wahai Despi .. Dimana
ALLAH dan bolehkah anakanda
melihatNya?” Sambil tersenyum Despi
menjawab sebagaimana yang telah
diajarkan Ibunya dahulu.......“ALLAH
itu di Arasy wahai Tuan Guru dan saya tidak bisa melihatNya kerana ALLAH
berada nun jauh diatas langit ke
7 .”......Tersenyum kecil Syeikh
Abdullah mendengar jawapan
muridnya itu dan sejenak menghela
nafasnya kemudian Syeikh Abdullah lalu berkata.. Begini anakanda Despi
ALLAH itu bukannya makhluk seperti
kita lantaran itu ALLAH tidak seperti
kita. Apa saja hukum yang terjadi
pada makhluk tidak berlaku seperti
itu atas ALLAH. Oleh itu ALLAH tidak bertempat kerana bertempat itu
hukum bagi makhluk.”.....Despi
tercengan dan dalam
kebingungannya ia bertanya“Lantas
dimana ALLAH itu wahai Tuan
Guru?”........“ALLAH itu tidak bertempat kerana Dia bersifat qiammuhu
binafsihi yang bermakna ALLAH tidak
berkehendak terhadap sesuatu zat
lain untuk ditempati... Jika kita
mengatakan ALLAH berkehendak
pada sesuatu zat lain untuk ditempati maka ketika itu kita telah
menyerupakan ALLAH dengan
keadaan makhluk... Ketahuilah, ALLAH
tidak serupa dengan makhluk
berdasarkan kepada dalil dari surah
asy-Syuura ayat 11 yang artinya “Dia tidak menyerupai segala sesuatu.”
ALLAH tidak berdiam di Arasy kerana
Arasy itu adalah makhluk...Bagaimana
mungkin makhluk dapat
menanggung zat ALLAH sedang bukit
dihadapan Nabi Musa pun hancur kerana tidak dapat menanggung
pentajalian ALLAH.”....Despi
tercengang mendengarkan jawaban
gurunya sambil mengangguk-
anggukkan kepalanya tanda faham.
Kemudian Syeikh Abdullah menambah.....“Berkenaan tentang
anakanda tidak boleh melihat ALLAH
itu adalah betul namun bukanlah
kerana ALLAH itu jauh maka
anakanda tidak boleh
melihatNya.”.......“Jika bukan begitu lantas bagaimana Tuan Guru?” Tanya
Despi dengan semangat
kesungguhan ingin
tau.....“Sebenarnya kita tidak dapat
melihat ALLAH bukanlah kerana faktor
jarak tetapi kerana keterbatasan kemampuan penglihatan mata
manusia yang tidak mampu melihat
zatNya. Ini bersesuai dengan firman
ALLAH yang bermakna “Dia tidak
dapat dicapai oleh penglihatan mata,
sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha
Halus lagi Maha Mengetahui.”.. dari
surah al-An’am ayat 103.”....Terdiam
Despi mendengar hujah gurunya itu.
Barulah beliau sadar bahwa apa yang
menjadi pegangannya selama hari ini adalah SALAH,..ia sadar bahwa
pegangan yang mengatakan bahwa
ALLAH itu di Arasy dan ALLAH tidak
boleh dilihat kerana faktor jarak
adalah satu KESILAPAN..... Penjelasan
daripada gurunya melalui ilmu Kalam membuatkan Despi begitu kagum
dengan kekuasaan akal yang dapat
menguraikan segala-galanya tentang
Tuhan.....Sejak hari itu Anakanda Raja
berpegang dengan hujah gurunya
bahawa ALLAH itu tidak bertempat dan manusia tidak boleh melihat
ALLAH kerana keterbatasan
kemampuan penglihatan mata
manusia.... Akhirnya dengan berkat
ketekunan dan kesungguhan,
anakada Raja telah berhasil menguasai ilmu-ilmu ketuhanan
menurut peraturan ilmu Kalam
sebagaimana yang diajarkan oleh
Syeikh Abdullah hingga mahir.....Itulah
yg menjadi peganagan n sikap dlm
menjalani hidup Despi setiap hari,minggu n tahun berganti hingga
Dewasa dan diangkat menjadi
RAJA...sehingga pada suatu hari Despi
bertemu dengan seorang tua yang
sedang bertungkus-lumus
menyediakan air minuman untuk diberi minum kepada orang yang lalu-
lalang disebuah pasar tanpa
mengambil upah sdikitpun.... Melihat
kelakuan yg aneh dari orang tua itu
lantas Despi, mendekatinya n
bertanya...“Hei orang tua.. mengapa kamu tidak mengambil upah atas
usahamu itu?” .... Orang tua yang dari
tadi begitu khusyuk memberikan
minumannya itu terkejut dengan
pertanyaan tersebut.... lalu meminta
org yg bertanya tersebut memperkenalkan dirinya.....“Siapakah
tuan ini?” Tanya si Tua...“Beta adalah
Raja negeri ini!” Jawab Despi dgn
tegas....“Oh kalau begitu tuan ini tentu
Raja yang terkenal dengan ketinggian
ilmu ketuhanan itu... Tapi sayang, tuan hanya TAHU ilmu tentang ALLAH tetapi
tuan sendiri belum MENGENAL ALLAH...
Jika tuan telah mengenal ALLAH sudah
pasti tuan tidak akan bertanya kepada
saya soalan tuan tadi.”......Berkedip -
kedip mata Despi mendengar kata- kata si Tua itu....Hatinya terpesona
dengan ungkapan ‘mengenal ALLAH’
yang diucapkan orang tua itu. Lantas
beliau bertanya kepada orang tua
itu....“Kemudian apa bedanya antara
‘tahu’ dengan ‘kenal’?”......Dengan tenang si Tua itu menjawab.....“Ibarat
seseorang yang datang kepada tuan
lantas menceritakan kepada tuan
tentang ciri-ciri buah nangka tanpa
menunjukkan wujud/ zat buah
nangka, maka ini mertabat... ‘tahu’.... kerana ianya hanya sekedar
informasi/ khabar dan orang yang
berada pada mertabat ini mungkin
akan menyangka bahwa buah
cempedak itu adalah nangka kerana
ciri-cirinya seakan sama.....Berbanding seseorang yang datang kepada tuan
lantas mengulurkan sebuah buah
nangka, maka ini mertabat.... ‘kenal’.....
kerana wujud/ zat nya terus dapat
ditangkap dengan penglihatan mata
dan orang yang berada pada mertabat ini pasti dapat membedakan
dengan pasti mana cempedak dan
mana nangka dengan
tepat.”....Anakanda Raja mendengar
dengan teliti uraian org Tua itu....Diam-
diam,hatinya membenarkan apa yang dikatakan org Tua itu... Kemudian
terlintas dihatinya untuk
memprtanyakan soalan yang lazim
ditanyanya kepada orang
ramai....“Kalau begitu wahai orang tua
silakan jawab pertanyaan ini.... Dimana ALLAH dan bolehkah manusia
melihatNya?” ......“ALLAH berada
dimana-mana saja dan manusia boleh
melihatNya.” Jawab si Tua dengan
tenang.....Terkejutlah Despi
mendengar jawapan orang tua itu... Seketika itu juga terus saja orang tua
itu dipukulnya sehingga jatuh
tersungkur.... Melihat orang tua itu
tidak brusaha untuk mengelak
pukulannya bahkan langsung tidak
menunjukkan reaksi takut maka Despi pun lantas bertanya......“Kenapa kamu
tidak mengelak pukulan beta wahai
orang tua?”.....org tua itu
menjawab....“Bukankah tadi sudah
saya bilang.. tuan ini hanya orang
yang "tahu" tentang ALLAH tetapi bukannya orang yang benar-benar
mengenal ALLAH.”.....Terdiam Despi
mendengar kata-kata si Tua itu.
Kemudian beliau menenangkan
dirinya lantas bersegera duduk diatas
tanah dihadapan orang tua itu.... “Baiklah orang tua. Tolonglah uraikan
jawapan kamu tadi sebab beta selama
ini berpegang bahwa ALLAH itu tidak
bertempat dan manusia tidak boleh
melihat ALLAH.”....ALLAH itu tidak
bertempat adalah menurut pandangan hukum akal sahaja
sedang pada hakikatnya tidak
begitu.” Jawab orang tua itu sambil
mengelap bibirnya yang berdarah
terkena pukulan tadi... Kemudian
beliau menyambung..“Bukankah ALLAH itu wujudNya Esa”.....“Benar.”
Jawab Raja Despi....“Jika ALLAH itu
wujudNya Esa maka sudah barang
tentu tidak ada wujud sesuatu
berserta denganNya.”......“Benar.”
Jawab Raja Despi... .“Lantas bagaimanakah kedudukan wujud
alam ini jika ALLAH itu diyakini wujud
tanpa ada selain zat yang wujud
bersertaNya dengan pandangan mata
hati?”......Raja Despi memejamkan
matanya rapat-rapat lantas dikerahkan pandangan mata hatinya
untuk memahami persoalan yang
ditanyai orang tua itu. Tiba-tiba
akalnya dapat menangkap dan
memahami hakikat alam ini jika ianya
merujuk kepada ruang lingkup keesaan wujud ALLAH. Lantas beliau
membuat satu
kesimpulan............Lantas beliau
membuat satu
kesimpulan......Perlahan-lahan
berjujuran air mata dari mata Raja Despi . Beliau menahan sesak isak
didada kerana sekarang beliau sudah
faham kenapa orang tua itu tidak
mengambil upah atas usahanya dan
tidak mengelak ketika dipukul.
Semuanya kerana yang dipandangnya adalah pentajallian
ALLAH. Dalam hati perlahan-lahan
Despi berkata.. “Memang benar
sesungguhnya pada sudut ini, ALLAH
berada dimana-mana sahaja dan
manusia bisa melihat ALLAH.” ..........org tua itu melanjutkan
katanya...“Makanya wahai Raja....
inilah yang dinamai sebagai ilmu
hakikat....”Sejak hari itu, Raja Despi
terus mendampingi orang tua itu
untuk mempelajari lebih dalam seluk- beluk ilmu hakikat hingga diangkat
beliau oleh gurunya menduduki
kedudukan Syeikh ilmu hakikat....
Guna mempraktikkan ilmu-ilmu
hakikat yang halus, Raja Despi telah
menjadi seorang ahli ibadah yang alim. Beliau tidak lagi berpegang
dengan fahaman almarhum gurunya
iaitu Syeikh Abdullah kerana baginya
jalan yang boleh membuatkan
seseorang itu dapat mengenal ALLAH
dengan haqqul yaqin ialah dengan ilmu hakikat. Beliau telah
mengenepikan kedudukan didalam
peraturan hukum akal sama sekali
dan mulai duduk didalam peraturan
musyahadah. Bagi beliau, ilmu Kalam
yang dituntutnya selama ini adalah semata-mata salah......Sekarang Raja
Despi telah memerintah negerinya
dengan adil dan seksama namun
sikap anehnya yang dahulu masih
diteruskannya. Dimana sahaja beliau
pergi beliau tetap akan mepbertanyakan soalannya yang
lazim itu. Jika orang yang ditanya
tidak dapat menjawab maka akan
diajarkan jawabannya menurut ilmu
hakikat dan jika orang itu
membangkang akan dihukum bunuh. Akhirnya kelaziman Raja Despi ini
membuatkan seluruh rakyatnya
menganut fahaman hakikat. Justeru
itu rakyat jelata dinegerinya hidup
aman dan
makmur......,..................................................... ................................. Suatu sore Raja yang
terkenal sebagai Mursyid ilmu hakikat
itu berjalan-jalan disebuah padang
rumput yang luas dengan ditemani
para pembesar istana...
Pandangannya tertarik pada gelagat seorang pemuda pengembala
kambing dalam lingkungan usia 30an
yang sedang berusaha menghalau
seekor serigala yang coba memakan
kambing gembalaannya........Baginda
mendatangi pemuda gembala itu.... Kelihatan pemuda itu hanya memakai
pakaian yang terbuat daripada goni
dan tidak mempunyai sandal sebagai
alas kaki.... Rambutnya kering
berdebu, bibirnya kering dan
badannya kurus.....“Wahai pemuda...kenapa kamu menghalau
serigala itu dari memakan kambing
itu, tidakkah kamu menyaksikan
hakikat serigala itu? Maka biarkan
sahaja ALLAH bertindak menurut
kemahuanNya.”......Mendengar kata- kata Raja Despi tersebut sekonyong-
konyong pemuda gembala itu
menggenggam pasir lantas
dilemparkannya pasir itu ke muka
Raja. Kemudian pemuda gembala itu
membungkuk untuk mengambil segenggam pasir lagi lalu dilemparkan
lagi ke muka Raja .... Raja Despi hanya
tercegat saja mungkin terkejut
dengan tindakkan pemuda gembala
itu..... Pemuda gembala itu terus ingin
mengambil segenggam pasir lagi dan melihat itu seorang pembesar istana
yang berada disitu terus memukul
pemuda gembala itu hingga beliau
pingsan......Apabila ssdar dari pingsan,
pemuda gembala itu mendapati
tangan dan lehernya telah dipasung dengan pasungan kayu didalam
sebuah penjara.... Tidak lama
kemudian datang dua orang
pengawal istana dengan kasar
mengankat badannya dan
membawanya ke suatu tempat yang amat asing baginya.... Tidak lama
kemudian akhirnya mereka sampai
dihadapan singgahsana Raja.....
“Mengapa kamu melempari muka beta
dengan pasir?” Raja Despi bertaaya
dengan tenang...pemuda menjawab...“Kerana tuanku
mengatakan bahwa serigala itu
adalah ALLAH yakni Tuhan
saya.”.......Bukankah hakikat serigala
itu sememangnya begitu?” Tanya Raja
heran......pemuda menjawab....“Nampaknya tuduhan
yang mengatakan bahawa tuanku ini
adalah seorang yang mengenal ALLAH
adalah bohong belaka.”........Kenapa
kamu berkata begitu?”.......“Sebab
orang yang sudah sempurna mengenal ALLAH pasti merindui untuk
‘menemui’ ALLAH.”.....Setelah 30 tahun
sejak berguru dgn org tua pembagi
minuman baru hari ini hati Raja
terpesona kembali.... apabila
mendengar ungkapan ‘menemui ALLAH’ yang diucapkan oleh pemuda
gembala itu.....Raja termenung
sejenak...Dahulu hatinya pernah
terpesona dengan ungkapan
‘mengenal ALLAH’......Dengan tiba tiba
Raja memerintahkan agar pasung kayu yang dikenakan pada pemuda
gembala itu ditanggalkan......“Lantas
apa utamanya ‘bertemu’ berbanding
‘kenal’?”........Tanya Raja ......“Adakah
tuanku mengenali sifat-sifat
Rasulullah?” Tanya pemuda gembala itu tiba-tiba.....“Ya, beta kenal akan
sifat-sifat Rasulullah.”......“Lantas apa
keinginan tuanku terhadap
Rasulullah?”......“Semestinyalah beta
ingin dan rindu untuk menemuinya
kerana baginda adalah kekasih ALLAH!”........“Nah begitulah… Orang
yang sempurna pengenalannya
terhadap sesuatu pasti terbit rasa
ingin bertemu dengan sesuatu yang
telah dikenalinya itu dan bukannya
hanya sekadar berputar-putar didaerah ‘mengenal’ semata-
mata.”.....Tiba-tiba sahaja Raja
berteriak kuat dengan menyebut
perkataan ‘Allahu Akbar’ sekuat-kuat
hatinya lalu baginda jatuh pengsan......
Tidak lama kemudian setelah wajahnya disapukan dengan air sejuk
maka baginda kembali sadar.....stelah
sadar dr pingsannya Raja terus
menangis terisak-isak hingga
jubahnya dibasahi dengan air
matanya. Baginda memuhassabah dirinya.. “Memang.... memang selama
ini beta mengenali ALLAH melalui ilmu
hakikat tetapi tidak pernah hadir
walau sekelumit rasa untuk bertemu
denganNya........ Rupa-rupanya ilmu
hakikat yang beta pegangi selama ini juga salah sepertimana ilmu bunda
dan ilmu Syeikh Abdullah”.. bisik
hatinya...... Kemudian terlintas difikiran
Raja. untuk menanyakan soalan
lazimnya kepada pemuda gembala
itu.....“Kalau begitu wahai orang muda, silalah jawab soalan beta ini.. DI MANA
ALLAH?”......Dengan tenang pemuda
gembala itu menjawab......“ALLAH
berada dimana Dia berada sekarang.”
“Kalau begitu, dimana ALLAH
sekarang?.....“Sekarang ALLAH berada dimana Dia berada
dahulu.”.....“Dimana ALLAH berada
dahulu dan sekarang?”......“Dahulu
dan sekarang Dia berada ditempat
yang hanya Dia sahaja yang
ketahui"......Dimana tempat itu?”.......“Didalam pengetahuan ilmu
ALLAH.”...... Raja terdiam sebentar
sambil keningnya berkerut
memikirkan jawapan yang diberi
pemuda gembala itu. Kemudian
baginda meneruskan pertanyaannya lagi.........“Bolehkah manusia melihat
ALLAH?”......“Kunhi zatNya tidak boleh
dicapai dengan pandangan mata
kepala dan pandangan hati.” jawab
pemuda itu......“Tolong perjelaskan
lagi wahai anak muda.” Pinta Raja.......“Begini tuanku pemuda
melanjutkan.... adapun jawapan yang
diberikan oleh bunda tuanku tentang
pertanyaan lazim yang tuanku
berikan itu adalah sebenarnya betul
menurut tahapan akal tuanku yang ketika itu dinilai masih kanak-
kanak....... Adapun jawapan yang
diberikan oleh Syeikh Abdullah itu
juga betul jika dinilai dari sudut
hukum akal...... Adapun jawapan yang
diberikan oleh Syeikh Tua itu juga betul jika dinilai dari sudut
pengamalan musyahadah terhadap
ilmu Hakikat....... Begitu jugalah
dengan jawapan yang saya berikan
juga betul jika dinilai dari sudut ilmu
Ma’rifat...... Tiada yang salah cuma ilmu itu bertahap-tahap dan tuanku telah
pun melalui tahapan- tahapan itu. Dari
tahapan jahil (ilmu bunda) ke tahapan
awam (ilmu Kalam) kemudian ke
tahapan khusus (ilmu Hakikat) dan
akhir sekali ke tahap khawasul khawas (ilmu Ma’rifat) .”......Kemudian
pemuda gembala itu terus
menyambung kata- katanya.....Jika
ilmu Hakikat itu jalan fana kerana
menilik kepada zat ALLAH maka ilmu
Ma’rifat pula jalan baqo’ kerana menilik terus kepada Kunhi zat ALLAH.
Maka jawapan bagi persoalan tuanku
itu secara yang dapat saya simpulkan
ialah Tiada yang tahu dimana ALLAH
melainkan ALLAH dan tiada sesiapa
yang dapat melihat ALLAH melainkan diriNya sendiri.”..... Raja mengangguk-
anggukkan kepalanya tanda
faham....“Jadi bagaimana hendak
sampai ke tahap mengenal ALLAH
dengan sempurna sehingga terbit
rasa ingin untuk menemuiNya?”.......“Jangan mengenal
ALLAH dengan akal sebaliknya
mengenal ALLAH dengan
ALLAH.”“Kemudian, apakah cara-
caranya untuk dapat bertemu dengan
ALLAH?” ......“Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud “..
Barangsiapa mengharap pertemuan
dengan Tuhannya maka hendaklah
dia mengerjakan amalan soleh dan
janganlah dia mempersekutukan
Tuhannya dalam beribadat kepadanya”.. darisurah al Kahfi ayat
110.”.....Mendengar penjelasan
daripada pemuda gembala itu hati
Raja menjadi tenang dan akhirnya
baginda diterima menjadi murid si
pemuda gembala itu. Kerana kesungguhan yang luarbiasa dalam
menuntut ilmu Ma’rifat maka baginda
mahsyur terkenal sebagai seorang
sultan yang arifbillah lagi zuhud dan
warak. Kemudian rakyatnya dibiarkan
bebas untuk berpegang pada faham manapun asalkan ajarannya masih
didalam ruang lingkup yang
mengikuti pegangan Ahlussunnah
wal Jamaah. Dan sekarang pada usia
70 tahun barulah Raja sadar dan
faham bahwa untuk memahami tentang ALLAH maka seseorang itu
harus melalui tahapan- tahapan yang
tertentu sebelum seseorang itu layak
dinobatkan sebagai arifbillah.....
Baginya samada ilmu Kalam, ilmu
Hakikat atau ilmu Ma’rifat maka semuanya adalah sama penting untuk
dipelajari bagi mewujudkan
kesempurnaan untuk mencapai
kedudukan Insan Kamil yang
Ma’rifatullah......Kini Raja sudah
memahami bagaimana rasanya rindu kepada ALLAH dan bagaimana
rasanya benar-benar tidak sabar
untuk bertemu ALLAH. Sejak semalam
mulutnya tidak henti-henti asyik
mengucapkan kalimah
ALLAH..ALLAH..ALLAH dan kadang- kadang terlihat deruan air mata jernih
mengalir perlahan dipipinya sewaktu
dipembaringan. Perlahan-lahan
pemuda gembala menghampiri Raja
Despi yang sejak 20 tahun lalu tinggal
bersama dengannya dirumah usangnya lantas meletakkan kepala
muridnya itu diribaan silanya dengan
linangan air mata. Kini nafasnya mulai
tersekat- sekat dan melihat itu,
pemuda gembala merapatkan
bibirnya ke telinga Anakanda Raja.lantas mentalqinkan baginda
dengan dua kalimah syahadah seraya
diikuti baginda dengan senyuman.
Sejurus kemudian Anakanda Raja
menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Suasana hening… pemuda gembala menunduk sahaja dan
sebentar kemudian dia berkata..
“Wahai alangkah beruntungnya..
sekarang tuanku benar-benar telah
menemui ALLAH dan dapat
mengenalNya dengan sebenar-benar kenal........SEKIAN